

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ERA TANGGUNGJAWAB SOSIAL
a) The Entrepreneurial Era (Era Perindustrian)
Berlaku lewat 1800 an. Masa ini industri mengumpul keuntungan. Masa era ini, semua industri adalah kecil.
b) The Depression Era (Era Kemelesetan)
Berlaku pada tahun 1900, masa ini organisasi besar telah mendominisasi ekonomi US. Orang awam telah mengkritik organisasi kerana melakukan aktiviti kewangan yang tidak bertanggungjawab sehingga berlakunya keruntuhan pasaran saham pada tahun 1929.
MORAL DAN TANGGUNG JAWAB SOSIAL
Mengukur kebertanggungjawab moral
Darjah ukuran untuk melihat setiap individu itu melaksanakan tanggungjawab moralnya boleh dilihat melalui tiga (3) keadaan iaitu:
-
Ilmu dan kebebasan (knowledge and freedom)
-
Pengabaian dan Kejahilan (ignorance), dan
-
Paksaan (Coercion)
Ilmu dan kebebasan: Ilmu pengetahuan adalah menjadi ukuran utama yang meletakan seseorang untuk terus menyumbangkan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat. Semakin tinggi ilmu yang diperolehi, semakin bebas untuk dia berfikir tentang kebaikan moral dan tanggungjawab sosialnya. Namun begitu ada yang berilmu tinggi tetapi sanggup melanggar etikanya atas nama kebebasan.
Pengabaian dan Kejahilan: Kejahilan mengenai sesuatu kadang-kadang mendorong seseorang melakukan tindakan bodoh yang bercanggah dengan moralnya. Kadang-kala sikap mengabaikan sesuatu mendorong kepada perlanggaran etika seseorang.
Paksaan: Kadang-kala seorang individu itu tahu tindakanya bercanggah dengan etika dan moral tetapi kerana terpaksa atau dipaksa menyebabkan ia terus melakukannya.