

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Kuiz Kendiri
-
Di antara berikut yang manakah bukan merupakan faktor pembentukan etika individu
A. Pengalaman hidup
B. Pengaruh keluarga
C. Pengaruh rakan
D. Pengaruh persekitaran di tempat kerja
2. Antara berikut merupakan faktor pembentukan etika individu KECUALI:
A. Pengaruh keluarga
B. Pengaruh rakan
C. Pengalaman
D. Kemudahan
3. Apakah yang dimaksudkan dengan Etika?
A. Kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak samada perbuatan itu betul atau salah
B. kelakuan individu dari pengaruh teman dan sekeliling
C. Tingkah laku pengalaman
D. tindak tanduk kehidupan harian
4. Apakah yang dimaksudkan dengan Professional Ethics atau Etika Profesional?
A. Suatu keputusan untuk kepentingan majoriti
B. sesuatu yang universal dan setiap orang ada hak yang tertentu
C. Prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibuat untuk mengawal prestasi mereka dalam menjalankan tugas megikut nilai dan amalan profesional
D. Setiap orang berhak mengkritik suatu etika organisasi
5. Suatu keputusan untuk kepentingan majoriti walaupun tindakan tersebut sama ada betul, patut atau baik beri kesan buruk pada sebahagian kecil. Pernyataan tersebut berkaitan dengan?
A. Nilai peribadi
B. Utilitarian (Kemudahan)
C. Pengalaman peribadi
D. Aturan Emas
6. Sekiranya pencuri dihukum kerana mencuri, maka beliau akan mengetahui mencuri merupakan satu kesalahan. Pilih jawapan yang berkait dengan pernyataan diatas.
A. Kelakuan diri
B. Utilitarian (Kemudahan)
C. perilaku peribadi
D. Pengalaman hidup (Life Experience)
7. Golden Rule (Aturan Emas) Menurut agama ............ ; Lakukan pada orangg lain sepertimana kita mahu orang lakukan pada kita. Pilih jawapan yang tepat.
A. Budha
B. Kristian
C. Islam
D. Hindu
8. Walaupun kepentingan diri menjadi satu keutamaan, kesejahteraan masyarakat masih diambil berat dalam melaksanakan tugas. Pernyataan tersebut merupakan ..
A. The right of due process (Hak process berpatutan )
B. The right of freedom (Hak untuk kebebasan)
C. Hak untuk kebebasan menyuarakan suara hati
D. Enlightened Self-Interest (Menyedarkan Kepentingan Diri)
9. Konsep ....... menyatakan niat/maksud yang tersirat di dalam membuat sebarang keputusan/tindakan adalah penting. Konsep yang dimksudkan adalah?
A. Universalism (sejagat)
B. Agama Kristian
C. Pandangan Islam
D. pengaruh modenisasi
10. The Depression Era (Era Kemelesetan) berlaku pada tahun 1900, waktu ini organisasi besar telah mendominisasi ekonomi US. Orang awam telah mengkritik organisasi kerana?
A. Menguruskan sesebuah organisasi menggunakan teori Enlightened Self-Interest
B. Industri hanya mengumpul keuntungan semata-mata
C. Melakukan aktiviti kewangan sehingga berlakunya keruntuhan pasaran saham
D. Melakukan perubahan sistem pengurusan secara drastik
JAWAPAN KUIZ KENDIRI:
Jawapan 1: D
Jawapan 2: D
Jawapan 3: A
Jawapan 4: C
Jawapan 5: B
Jawapan 6: D
Jawapan 7: B
Jawapan 8: D
Jawapan 9: A
Jawapan 10: C

