top of page

Normative Philosophy and Ethical Relativism  (Falsafah normatif dan Relativisme Mengikut Etika)


Kajian tentang pemikiran yang betul dan kelakuan mengikut norma .

 

Ethical Theory (Teori mengikut etika)
Segala tindakan kita dalam komuniti disempadani dengan konsep betul dan salah yang memerlukan analisis dan pertimbangan dalam membuat keputusan atau tindakan dan bukan satu kekurangan sekiranya kita telah mencuba tetapi tindakan tersebut kurang tepat kerana tiada satu pun sistem etika yang sempurna tetapi terdapat 5 sistem yang sering digunakan:

a) Eternal Law (Undang-undang Abadi/kekal)
- Undang-undang Agama tidak berubah dan sah selama-lamanya.
- Tiada syarat atau ketetapan yang tepat memperlihatkan kebenaran.
- Setiap agama mempunyai standard moral yang berbeza untuk penganutnya
- Standard berbeda antara kumpulan yang berlainan walaupun menganut agama sama.
- Tidak dapat dilaksanakan secara universal.

 

b) Utilitarianism (kemudahan)

- Merupakan suatu keputusan atau tindakan untuk kepentingan masyarakat majoriti

- Sukar menentukan manfaat untuk masyarakat kebanyakkan.

- Tidak ada satu kaedah yang dapat menentukan sama ada tindakan/keputusan yang dilakukan adalah “betul”, “baik” atau “wajar”.

- Sukar untuk mengimbangi manfaat yang diperolehi oleh masyarakat majoriti dengan pengorbanan masyarakat minoriti.

 

c)  Universalism (sejagat)

- Menyatakan niat/maksud yang tersirat di dalam membuat sebarang keputusan/tindakan adalah penting

- Keputusan tersebut dikira betul, tepat dan baik sekiranya semua orang yang mengalami masalah serupa  melakukan tindakan yang       serupa seperti yang kita lakukan.  

- Terlalu bergantung kepada perkiraan niat seseorang.

- Sukar mengukur kepentingan terhadap kewajiban atau tanggungjawap seseorang individu.

- Adalah sukar untuk melayan kehendak orang lain kerana sebahagian dari kita akan memikirkan kehendak diri sendiri.

 

d) Distributive Justice Teory (Teori Adil Pembahagi)

- Keutamaan keadilan menjadi panduan membuat keputusan dan mengambil tindakan yang dijangka memberikan faedah kepada           semua anggota masyarakat

- Keupayaan/usaha individu diabaikan/ tidak diendahkan.

- Sebarang cadangan amat  bergantung kepada kerjasama sosial keseluruhannya untuk membekalkan faedah/keuntungan ekonomi         dan social.

 

e)  Personal Liberty Theory (Teori Kebebasan Peribadi)

- Keutamaan kebebasan mejadi panduan membuat keputusan dan mengambil tindakan yang akan menyebabkan semua orang akan       mendapat manfaat dan kebaikannya.

- Ia berdasarkan satu definasi kebebasan yang sempit yang menghadkan hak negatif untuk tidak mengalami gangguan daripada orang   lain.

Falsafah Normatif Etika 

© 2014 by Integriti KL

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
  • w-youtube
bottom of page