top of page

The Meaning of Ethics (Makna Etika)

Prinsip kelakuan individu yang boleh diterima dari segi akhlak sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan tidak serupa untuk setiap individu.

 

The Meaning of Professional Ethics (Makna Etika Profesional)

Prinsip moral sesuatu kumpulan yang dibuat untuk mengawal prestasi mereka dalam menjalankan tugas megikut nilai dan amalan profesional serta bertindak mengikut etika yang ditentukan.

The Formation of Individuals Ethics (Faktor Pembentukan Etika Individu)
(1) Pengaruh keluarga (Family Influence)

    – Etika ibu bapa yg baik akan diikuti oleh anak dan sebaliknya.

 

(2) Pengaruh rakan (Peer Influence)      

    – Utk lihat peribadi seorang, lihatlah siapa rakan mereka (pepatah)

 

(3) Pengalaman hidup (Life Experience)  

   – Sekiranya pencuri dihukum kerana mencuri, maka beliau akan mengetahui mencuri                                                                                      merupakan satu kesalahan.

 

(4) Nilai peribadi dan prinsip moral (Personal Values and Morals)

    –Seseorang yg mementingkan pangkat dan kedudukan sering bertindak berdasarkan untung tanpa mengira kesannya terhadap             orang lain.

 

(5) Faktor keadaan (Situational factors)

    – Seorang peniaga boleh mengubah penyata keuntungan  perniagaan untuk menipu cukai.

 

Pandangan tentang etika (The views of ethics)

(1) Utilitarian (Kemudahan) - Suatu keputusan untuk kepentingan majoriti walaupun tindakan tersebut sama ada betul, patut atau                                                        baik beri  kesan buruk pada sebahagian kecil. Perlu kenalpasti:

 

            (a) Siapa yg terjejas secara langsung dan tidak langsung (Who are directly and indirectly affected).
            (b) Apa untung dan keburukan yg dialami mereka (What benefits and harms they would experience).          

            (c) Berapa lama kesan tersebut berlanjutan (How long these effects would last).


(2) Golden Rule (Aturan Emas) – Menurut agama kristian ; Lakukan pada org lain sepertimana kita nak orang lakukan  pada  kita. (“do                                                           to others as you would have them do to you”).


(3) Kantian/Rights (Kantian/Hak) – Immanuel Kant percaya  moral merupakan  sesuatu yang universal dan setiap orang ada hak yang tertentu. Antaranya:


            (a) The right of free consent (Hak penyetujuan percuma)
                  Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka setuju dan bersedia untuk dilayan.
            (b) The right of privacy (Hak untuk bersendirian)
                  Setiap orang berhak untuk melakukan, mendedah atau merahsiakan kehidupan peribadi.
            (c) The right of freedom of conscience (Hak untuk kebebasan menyuarakan suara hati)
                  Setiap orang berhak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya melanggar prinsip moral mereka 
                  selagi  tidak bertentangan dengan pandangan masyarakat.
            (d) The right of freedom (Hak untuk kebebasan)
                  Setiap orang berhak  mengkritik suatu etika organisasi secara berhemat, selagi kritikannya
                  tidak mencabuli hak individu di dalam organisasi tersebut.
            (e) The right of due process (Hak process berpatutan)
                  Setiap orang berhak dibicarakan dengan adil sekiranya hak mereka dicabuli.


Di dalam kantian/rights, sesuatu tindakan adalah betul apabila ia meminimumkan pencabulan hak.


(4) Enlightened Self-Interest (Menyedarkan Kepentingan Diri)
Walaupun kepentingan diri menjadi satu keutamaan, kesejahteraan masyarakat masih diambil berat dalam melaksanakan tugas.

 

Contoh: Jurutera proton yang bekerja dengan kepakarannya bukan sahaja untuk memperolehi gaji bahkan kereta yang dihasilkan memberi manafaat kepada pengguna. Suatu tindakan adalah betul dari segi akhlak jika ia memberikan keuntungan individu tanpa memberi kerugian dan, sekira perlu meminimumkan sebarang keburukan terhadap orang lain. 

Etika

© 2014 by Integriti KL

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
  • w-youtube
bottom of page